Wednesday, November 29, 2023

ZIARAH ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DI PDM BATOR 2023


29 NOVEMBER 2023 | PDM BATOR | N22 DUN JELAWAT

Saya turun ziarah bersama rombongan HEP UUM di Kampung Tempoyak Surau Bator.Kali ini ziarah Encik Wan Arishah bin Wan Anuar merupakan AJK MAYC Kawasan Bachok dan Alumni Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (Official FB).

Terima kasih Universiti Utara Malaysia (Official FB) sudi turun di N22 Dun Jelawat mengadakan sesi ziarah mahasiswa Universiti Utara Malaysia (Official FB).

Terima kasih VAV MAYC Universiti Utara Malaysia (Official FB) sudi datang di Daerah Bachok.

#AFY #MAYCKawasanBachok #VAV #KitaGalasBersama #N22DunJelawat 

 

LAWATAN KE PPS SK JELAWAT BAGI BULAN NOVEMBER 2023




28 November 2023 l N22 Dun Jelawat
Saya singgah di PPS Sk Jelawat untuk tnya khabar perkembangan terkini mangsa banjir yang terkesan di N22 Dun Jelawat yang datang daftar disini.
Sebelum tu saya menyambut rombongan Mahasiswa & Mahasiswi Universiti Utara Malaysia (Official FB) di Balai Raya Rakyat Padang China.


 

ZIARAH KOMUNITI EKUIN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN NOVEMBER 2023-PART 5

27 NOVEMBER 2023 | N25 DUN KOK LANAS | ZIARAH KOMUNITI EKUIN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN NOVEMBER 2023

Saya turun bertemu Encik Arman yang aktif mengadakan sesi latihan pembelajaran khas untuk peminat yang baru menceburi bidang sukan berkuda.Tempat di Kota Tegayong Kok Lanas.

Insya Allah saya pinta kepada pihaknya agar aktifkan tempat latihan pendidikan berkuda sepertimana saya pinta Kelab Sukan Berkuda Kg Kota (K4).

#AFY #KitaGalasBersama #PENKB #KeluargaEkuinNegeriKelantan


 

ZIARAH KOMUNITI EKUIN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN NOVEMBER 2023-PART 4


27 NOVEMBER 2023 | N25 DUN KOK LANAS | ZIARAH KOMUNITI EKUIN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN NOVEMBER 2023 | KAMPUNG BUKIT CINA

Saya mengadakan sesi Ziarah Komuniti Ekuin Negeri Kelantan di Kampung Bukit Cina.Kali ini saya turun menyantuni Encik Faisal yang mengalami keuzuran kakinya selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa pulang kerja.

Semoga cepat sembuh seperti sediakala.

Insya Allah.

#AFY #KitaGalasBersama #KeluargaEkuinNegeriKelantan #PENKB 

 

ZIARAH KOMUNITI EKUIN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN NOVEMBER 2023-PART 3


25 November 2023 | N21 Dun Pantai Irama | Kampung Kubang Golok | Ziarah Komuniti Ekuin Negeri Kelantan November 2023 | 9.30 Malam

Saya turun mengadakan sesi Ziarah Komuniti Ekuin Negeri Kelantan bagi bulan November 2023.Kali ini saya turun ziarah Puan Faten Najihah Binti Zulkafli di Kubang Golok.Beliau juga selaku Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelantan 2023-2025.

Beliau baru sahaja melahirkan anak sulong lelaki.Saya mewakili Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) menyampaikan sedikit sumbangan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) sebagai penguat semangat.

Puan Faten Najihah Binti Zulkafli merupakan penerima Anugerah Penunggang Kuda Lasak Beliawanis Negeri Kelantan bagi tahun 2022 mewakili CNMM Kubang Golok Stable.

#AFY #PresidenEkuinKelantan #PENKB #ZiarahKomunitiEkuinNegeriKelantan2023 #N21DunPantaiIrama
#KeluargaEkuinNegeriKelantan 

 

ZIARAH KOMUNITI EKUIN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN NOVEMBER 2023-PART 2


25 November 2023 | N02 Dun Kelaboran | Hospital Tumpat | Ziarah Komuniti Ekuin Negeri Kelantan November 2023 | 1.30 Petang

Saya turun mengadakan sesi Ziarah Komuniti Ekuin Negeri Kelantan bagi bulan November 2023.Kali ini saya turun ziarah Encik Sarudin Bin Mat Yasin (Arrow Sticker) di Hospital Tumpat.Beliau juga selaku AJK Jawatankuasa Kecil Lumba Kuda Negeri Kelantan 2023-2025.

Beliau mengalami demam denggi.Saya mewakili Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) menyampaikan sedikit sumbangan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) sebagai penguat semangat.

Semoga segera sembuh seperti sediakala.Encik Mohd Zainuri Bin Mohd Jidin wakil Ekuin Daerah Tumpat turun bersama saya dalam sesi ziarah kali ini.

#AFY #PresidenEkuinKelantan #PENKB #ZiarahKomunitiEkuinNegeriKelantan2023 #N02DunKelaboran

 

ZIARAH KOMUNITI EKUIN NEGERI KELANTAN BAGI BULAN NOVEMBER 2023-PART 1


24 November 2023 | N24 Dun Kadok | Ziarah Komuniti Ekuin Negeri Kelantan November 2023

Saya turun mengadakan sesi Ziarah Komuniti Ekuin Negeri Kelantan bagi bulan November 2023.Kali ini saya turun ziarah Encik Nizam bin Ismail yang baru sahaja keluar wad.

Beliau terlibat kemalangan bersama kudanya depan stable.Saya mewakili Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) menyampaikan sedikit sumbangan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) sebagai penguat semangat.

Semoga segera sembuh seperti sediakala.

#AFY #PresidenEkuinKelantan #PENKB #ZiarahKomunitiEkuinNegeriKelantan2023 #N24DunKadok 

 

SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH BERKAITAN PINDAAN AKTA BINATANG 1953
















23 November 2023 | Salak Tinggi | Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Berkaitan Pindaan Akta Binatang 1953
Saya hadir mewakili Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) memenuhi jemputan untuk sertai Sesi Libat Urus yang diadakan di Makmal Kesihatan Awam Veterinar, Salak Tinggi, Selangor ini bertujuan bagi membincangkan dan mendapatkan pandangan perkara berkaitan cadangan pindaan Seksyen 2, 3, 36 dan 79, Akta Binatang 1953 (Akta 647) serta penyediaan Perintah Binatang (Tanda Pengenalan).
Sempat mengambil ruang dan peluang dalam sesi Q&A seperti berikut :
Soalan :
1- Sejauh manakah kawalan penyakit Equine Infectious Anaemia (EIA) di Malaysia?Adakah penyakit Equine Infectious Anaemia (EIA) serius macam African Horse Sickness (AHS).
Jawapan ( Dr. Leonora Tuah Merawin-Seksyen Kawalan Penyakit Haiwan dan Zoonotik DVS) :
1- Penyakit Equine Infectious Anaemia (EIA) di Malaysia masih lagi terkawal.Ianya tidak serius dan boleh memaklumkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri jika ada didapati berlaku kes tersebut.Malaysia telah bebas dengan penyakit "African Horse Sickness (AHS)".
Soalan :
2- Saya ingin tahu darisegi "Tanda Pengenalan" untuk kuda yang dibentangkan. "Tanda Pengenalan" untuk kuda dibawah DVS perlu dibuat bermula 6 bulan selepas kuda dilahirkan.Saya cadang agar DVS selaraskan "Tanda Pengenalan" kuda ini sekali terus dengan Passport FEI dan Passport EAM.
Jawapan(Dr Salina Binti Amad Bugis-Seksyen Kawalan Penyakit Haiwan dan Zoonotik DVS) :
2- Setakat ini pihak DVS menetapkan mana-mana kuda yang telah ada passport EAM dan passport FEI "Tidak Diwajibkan" untuk buat passport DVS.
Alhamdulillah.Terima kasih Jabatan Perkhidmatan Veterinar atas jemputan sesi libat urus kali ini.Beberapa perbincangan dibuat kali ini demi kemaslahatan penternak ruminan di Malaysia.
Semoga perbincangan ini dapat dijadikan satu petanda aras sebelum pindaan Seksyen 2, 3, 36 dan 79, Akta Binatang 1953 (Akta 647) serta penyediaan Perintah Binatang (Tanda Pengenalan) diwartakan di Malaysia.
Libat urus kali ini dirasmikan oleh Dr Aida binti Muhid selaku Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar.