"CALON ANAK MUDA "MUKA BARU" PERLU DIKETENGAHKAN DALAM PILIHANRAYA UMUM YANG DATANG"
BACHOK,13 Disember 2021 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok mendesak agar kepimpinan tertinggi parti untuk meletakkan lebih ramai calon anak muda pada Pilihan Raya Umum yang datang.
Perkara tersebut diusulkan oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Ahli Jawatankuasa (Dilantik)Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok 2021 yang telah diadakan pada 11 Disember 2021 bertempat Aras 1 Dewan Pejabat UMNO Bahagian Bachok.
Bukti calon muda telah terhasil di Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.Kesemuanya telah mendapat tempat di hati rakyat Melaka.Selain itu,beliau turut mengusulkan 3 lagi usul kali ini.Beliau mengharapkan pucuk pimpinan parti UMNO dapat buat keputusan terbaik bagi mengadakan pemilihan parti untuk mengelakkan perpecahan.
Ada sesetengah pemimpin berjiwa besar.Ada sesetengah tidak berjiwa besar.Pemerkasaan Cawangan perlu dititik beratkan bagi memperkasakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.
Usul ketiga,beliau mengharapkan pucuk pimpinan parti menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM)bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.Akar umbi UMNO perlu diperkukuhkan kembali.
Usul Keempat,mendahulukan dan mengutamakan gerak kerja Pilihanraya daripada peringkat Pusat sehingga ke peringkat PDM dan memastikan jentera semua peringkat bersiap sedia memenangkan Barisan Nasional pada PRU-15 nanti.
Jentera PDM perlu bersikap JUJUR dalam melaksanakan tanggungjawab.Apabila bersikap sedemikian,saya percaya PENGUNDI memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional.Segala persiapan harus mempunyai strategi yang rapi.
Saudara Ahmad Faris Yusof juga turut mengulas 4M kepada semua perwakilan yang hadir.M yang pertama adalah menyedari bahawa ekonomi rakyat amat terkesan akibat pendamik Covid-19 yang melanda negara.UMNO perlu memainkan peranan dalam menjadi jurubicara rakyat bagi memastikan keadaan ekonomi dapat dipulihkan semula.Pada pandangan rakyat melihat UMNO mempunyai kuasa sebagai YAB Perdana Menteri.
M kedua adalah menginsafi bahawa suasana politik yang ketidaktentuan dapat membentuk ketidakstabilan terhadap kesejahteraan rakyat dan ekonomi.
M ketiga adalah mengakui PRN di Melaka merupakan penanda aras Barisan Nasional untuk terus kembali dekat dihati rakyat.UMNO perlu menyusun segera strategik bagi menghadapi PRU-15.Segala kelemahan perlu diperbaiki.
M keempat adalah Mengingatkan mana-mana ahli parti yang memikirkan kepentingan diri daripada kepentingan parti UMNO perlu sentiasa bermuhasabah agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan sehingga UMNO tersungkur lantas tidak lagi berjaya menubuhkan Kerajaan.
Akhir sekali,mengingatkan kepada semua pemegang jawatan dalam parti UMNO.UMNO merupakan sebuah parti keramat orang melayu.UMNO merupakan parti memperjuangkan kemerdekaan di Malaysia.Kepimpinan yang telah menang pemilihan haruslah menggunakan sebaik mungkin kepercayaan mandat yang diberikan oleh semua perwakilan.
Di Bachok,2020 pemuda cawangan sebanyak 115 cawangan sahaja yang dapat bersidang.Pada tahun ini 2021 sebanyak 104 cawangan sahaja boleh bersidang.Semua kepimpinan tidak kira di Bahagian ataupun Cawangan harus mengambil peranan untuk menjaga KPI pendaftaran keahlian baru Ahli UMNO di Cawangan.Tujuan bagi mengelak cawangan tersebut tidak dapat bersidang kerana tidak cukup korum keahlian pemuda.
Berhentilah bersengketa.Berhentilah memberontak.Sebagai seorang pemimpin perlu berjiwa besar.Pandangan dan nasihat perlu diambil bagi memperbaiki kelemahan yang ada.Setiap manusia semua ada kelebihan dan kelemahan.
Ayuh wahai Pemuda sekalian.Rapatkan saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.Semua perwakilan telah beri mandat dan galaskan tanggungjawab kita sebagai seorang pemimpin parti.
PEMILIHAN merupakan medan untuk memilih pemimpin yang boleh membawa perubahan untuk Parti UMNO mengatur strategi memenangkan Barisan Nasional dalam setiap Pilihanraya Umum.
Ada yang MENANG dan ada yang KALAH.Yang MENANG tidak boleh angkuh dan sombong dengan kemenangan tersebut.Parti UMNO bukan parti Individu.Parti UMNO adalah parti keramat orang melayu.Angkuh,sombong dan ego membuatkan rakyat benci kepada pemimpin dalam parti UMNO.Tempias tersebut akan membuatkan reputasi dan kepercayaan terhadap parti UMNO menurun dihati rakyat.
Ayuhlah wahai PEMUDA sekalian.Rapatkan saf.Keinginan seseorang ingin menjadi seorang pemimpin bukan senang dan mudah seperti belajar A,B,C.Ayuhlah mengatur kembali strategi agar parti UMNO dapat berada dihati rakyat sekali gus kepercayaan rakyat dapat memenangkan kembali Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang akan datang.
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok 2021 dirasmikan oleh YBHG. Haji Mohd Yusoff Bin Shaffie selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok.Manakala ucapan penangguhan disempurnakan oleh Saudara Mohd Fadzeli Bin Mat Yusoff selaku Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.Manakala mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Saudara Fazrin Izwan Bin Ismail selaku Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok dan Muhammad Kamel Bin Ahmad selaku Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.
Terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok yang bertungkus lumus dan bekerjasama menjayakan mesyuarat kali ini.Terima Kasih kepada perwakilan yang hadir.
Solluallaik.
AHMAD FARIS BIN YUSOF
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Padang China
Merangkap AJK Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Bachok (Dilantik).
No comments:
Post a Comment