Friday, June 12, 2020

POTRET KENANGAN 2018 DAN 2020


Sekejap sahaja masa berlalu..

Apabila saya diberi tanggungjawab untuk menggalaskan sebagai Pengerusi Peringkat Negeri Kelantan.Saya terus kayuhan rebuilding balik struktur Persatuan Sukan Berkuda untuk Peringkat Negeri Kelantan.

Ingin menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bukan semudah kata dibibir.Hasrat dan hajat untuk pembangunan Sukan Berkuda berada di bahu setiap aktivitis Sukan Berkuda.Sukan Berkuda adalah sukan "SUNNAH" tetapi kita harus perkasakan sunnah itu dalam pelbagai bidang termasuk memanah.Insya Allah saya telah kepilkan cadangan Pembangunan untuk Sukan Berkuda Negeri Kelantan kepada pihak kebangsaan.Doakan agar dipermudahkan demi kemudahan kita semua.

17 Disember 2018 Pertemuan saya kali pertama dengan pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia.

9 Jun 2020 Pertemuan kali kedua saya dengan pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia

Untuk pemerkasaan  ini bukan sekelip mata untuk membangunkan.Memakan masa lama untuk mencapai hasrat dan hajat yang diimpikan.Insya Allah saya akan turun ke akar umbi lagi untuk memohon akar umbi Sukan Berkuda Kelantan mewujudkan Kelab Sukan Berkuda setiap Daerah.Perkara ini bukan semudahnya untuk aktifkan tapi dengan niat yang baik Insya Allah hasilnya baik demi Sukan Berkuda Negeri Kelantan.

Doakan agar urusan dan perjuangan kita semua dipermudahkan hajat yang diimpikan.

"ZERO TO HERO"

#Kelantan #PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) #AnakMudaKelantan #BeliaKelantan

No comments:

Post a Comment