Tuesday, December 10, 2019

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH BACHOK 2019




Alhamdulillah saya dapat menyuarakan usul beberapa perkara dalam sidang Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Bachok 2019...Terima Kasih Ketua Jajahan Bachok sudi menerima usul ini untuk dibawa ke peringkat atasan...

Usul 1 : Memperbanyakkan billboard dan menyerikan billboard dengan iklan atau kempen2 kesedaran bagi memberi kesedaran dan mempromosikan Bachok Bandaraya Pelancongan Islam
Usul  2 :  Saya mengharapkan lantikan Ahli Majlis PBT untuk kouta belia dipertimbangkan dan harus diberi peluang kepada golongan belia untuk berkhidmat dalam sektor professional bagi sama-sama membangunkan komuniti secara bersama

Usul 3 : Memperkasakan Pertubuhan Belia bersama agensi2...saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa agensi kerana membantu saya memperkasakan program dibawah anjuran Kelab Belia Gunong secara berskala.Saya mengharapkan pihak agensi2 mewujudkan jadual khas untuk para belia dan beliawanis bagi memberi minat golongan muda menyertai kursus2 disediakan

Usul 4 : Saya menyarankan Pertubuhan belia ketepikan pandangan "POLITIK" ..iitu hak masing2..pertubuhan belia fokus kepada pembangunan belia..politik boleh tapi jngn terlalu taksub sampaikan bajet belia guna untuk politik...

Usul 5 : saya mencadangkan Pihak Ketua Jajahan Bachok agar menyuarakan suara belia ini iaitu mewujudkan Kompleks Mini Belia Dan Sukan Daerah Bachok...Sebagai contoh...Litar Go-Kart boleh diupgredkan dan pihak KBS boleh kolobarasi dengan pihak pengelola litar gokart.Salah satunya apabila mewujudkan Kompleks Mini Belia di situ boleh menarik minat syarikat2 koperat menganjurkan program ,kejohanan,festival dan lain2 disitu.Caj kadar sewa harus dikenakan untuk kos penyelenggaran tempat tersebut.


No comments:

Post a Comment