Friday, January 9, 2026

TERIMA KASIH ENCIK AZHAR COO IZRIN & TAN PROPERTIES SDN BHD


Alhamdulillah.

Terima kasih Encik Azhar COO Izrin & Tan Properties Sdn Bhd datang ziarah saya dan team di lapangan.

07 Januari 2026



 

ZIARAH KELUARGA DI KAMPUNG MELAYU SUBANG


Ziarah Keluarga di Kampung Melayu Subang.

22 November 2025

 

PERJUMPAAN BERSAMA CLEANER BIL.1/2025






Perjumpaan hujung tahun bersama kakitangan pembersihan sebagai pemantapan komitmen berterusan dalam memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik. Saya berpesan agar komunikasi dan kerjasama berpasukan harus diperkuatkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja atas dedikasi, kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang tahun ini.
16 Disember 2025


 

MESYUARAT BIL.2/2025 BERSAMA PEKERJA CLEANER


Alhamdulillah, penghujung tahun 2025 dimanfaatkan dengan bertanya khabar dan meneliti perkembangan kerja bersama tukang kebun. Teruskan usaha, kerana kejayaan bermula dengan kesungguhan.
20 Disember 2025


 

ZIARAH MOK LAH ISTERI KEPADA ARWAH BAPA SAUDARA SAYA (POK TEH)

Ziarah Mok Lah, isteri kepada arwah bapa saudara saya (Pok Teh), di Kampung Melayu Subang selepas selesai menghadiri jemputan majlis hujung minggu di Setapak.
Alhamdulillah, ukhuwah kekeluargaan Legasi Cikgu Mad Tua Kemudi terus dipereratkan.
21 Disember 2025



 

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI BAPA SAUDARA BONGSU 28 DISEMBER 2025


Tanggungjawab sebagai bapa saudara bongsu di hujung minggu.
Alhamdulillah, berkesempatan meluangkan sedikit masa menghantar anak saudara sulung saya ke UiTM Kampus Dengkil bagi kemasukan Semester Kedua.

Pak Su dan Mak Su sentiasa mendoakan agar Kakak Alya terus tabah berjuang di menara gading, dipermudahkan segala urusan serta mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Insya-Allah, dengan usaha, doa dan pengorbanan, Kakak Alya mampu meraih cita-cita yang diimpikan.
Sesungguhnya, setiap perjuangan menuntut pengorbanan.

Pak Su percaya Kakak Alya mampu menempuhi segala cabaran kehidupan.

You can do it, Kakak Alya!

Dan apabila berjaya suatu hari nanti, jangan lupa… keluarga sentiasa di hati dan didahulukan.
Pak Su, Mak Su dan Cik Na menghantar Kakak Alya hari ini dengan satu harapan — agar kejayaan di dunia menjadi bekalan menuju akhirat kelak.

28 Disember 2025 | UiTM Kampus Dengkil

 

Friday, January 2, 2026

SEMOGA NUR AMALINA BINTI YUSOF SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR DENGAN PENUH KEBERKATAN


Dalam kesibukan kerja hakiki di Kuala Lumpur, saya sempat ke KLIA 2 untuk menghantar kakak nombor tiga saya yang berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.

Saya mendoakan semoga beliau dikurniakan umrah yang mabrur, serta tidak lupa menitipkan doa agar saya dan isteri turut diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke Mekah suatu hari nanti.

Semoga Nur Amalina Binti Yusof selamat pergi dan selamat kembali ke Tanah Air dengan penuh keberkatan, insya-Allah.

3 Januari 2026

#FamilyFirst