Wednesday, September 4, 2024

"RINTIHAN ANAK KAMPUNG"


"RINTIHAN ANAK KAMPUNG"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Saya Ahmad Faris bin Yusof beruur 28 tahun pada tanggal 2 Januari 2024.Saya mahu menceritakan sedikit sebanyak kisah kehidupan saya dalam blogspot saya ini.Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa saya telah melahirkan saya pada tanggal 2 Januari 1996 di Hospital University Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan.

Di masa kecil,saya banyak tinggal dengan Allahyarhamah Nenek saya di Kampung Gunong.Ketika itu kedua ibubapa saya berkhidmat sebagai guru di Jerantut Pahang.Ketika itu saya banyak bersama Allahyarhamah Nenek saya iaitu Hajjah Zainab Binti Che Kob.Beliau merupakan seorang tegas.

Setiap pagi Jumaat,saya bersama beliau  ke Kebun.Hasil buah di kebun,Allahyarhamah nenek saya agih kepada penduduk kampung yang beliau kenal.Semasa di Kebun,beliau menyebut kepada saya, "Yeh nanti mu besar nanti,mu tak ley makan dah buah di kebun,nanti mu akan beli buah-buah hok ada di kebun nenek ni di kedai,tak dop dh hasil tangan mu bertani."

Saya menitis air mata ketika itu dalam hati sedih.Yang saya kagum,orang-orang dulu sanggup gadai apa yang dia ada bawah bantalnya.Sebelum Maghrib berkemudang,beliau panggil semua cucunya naik atas rumah.Selepas Maghrib semua cucu-cucunya diarah membaca Al-Quran.Beliau sebut ni la penyuluh lampu nanti mu mati.

Kemudiannya,saya dibawa oleh nenek saya naik kereta api untuk ke Jerantut Pahang.Sebelum sampai di Jerantut Pahang,kami singgah di Merapoh/Chegar peroh bertemu ibu saudara bongsu saya.Semasa dalam perjalanan,Allahyarhamah nenek saya bawa saya ke gerabak jualan kereta api untuk menjual hasil tanaman kebunnya.Saya kagum dengan kegigihan arwah nenek saya walaupun beliau seorang yang tegas.Beliau nampak saja garang,tapi ketegasannya untuk mendidik cucunya amat tegas.

Ketika kecil,saya pernah lalui detik-detik kena tinggal kepada kereta api.Ketika itu,kereta api singgah di Gua Musang dan Kuala Lipis.Nenek saya membawa saya makan di warung stesen kereta api gua musang dan kuala lipis.Ketika itu,Gua Musang tak semaju 2024.Ketika itu saya makan di warung dan bagitau kepada nenek,tenang dan nyaman sungguh Gua Musang ni nenek.Kemudianya kami meneruskan perjalanan nak ke Jerantut Pahang.Sebelum sampai di Jerantut,kereta api berhenti rehat di Kuala Lipis.

Ketika saya berada bersama ibubapa saya di Jerantut Pahang.Kami hanya berkereta dengan Saga TY 4321.Kami sekeluarga pulang ke kampung halaman dengan iringan gaset lagu untuk menempuhi bukit bakau.Ketika itu lalu jalan Bukit 7.

Saya minta restu dengan kedua ibubapa saya untuk tinggal bersama Allahyarhamah Nenek saya di kampung.Setiap Jumaat menerima kunjungan penduduk kampung yang  datang ke rumah Allahyarhamah Nenek saya untuk mohon bantuan.Saya kagum dengan Allahyarhamah Nenek saya,walaupun beliau tidak kaya,tetapi beliau tetap bersedekah apa yang beliau ada walaupun sejambak rambutan  atau satu plastik buah salok.

Adakalanya,sebelum Maghrib,jam 6 petang,Allahyarhamah Nenek saya berpesan, "Yeh naik atas rumah,siap-siap mandi,teman nenek g Masjid Gunong dengar ore ngajar maghrib,lepas yeh siap mandi,nenek plop nak mandi nak siap-siap.Sebelum turun rumah,nenek bagi lampu yang tersedia dengan bateri.Kami berjalan kaki dalam gelap dengan ditemani cahaya lampu di tangan.

Apabila sampai di Masjid,saya teruskan beribadah dan mendengar kuliah maghrib di taman-taman syurga.Pulang masjid,nenek masak kepada saya lempeng untuk upah saya ke masjid.Ketika saya makan lempeng,Arwah nenek sentiasa menemani saya,dan berpesan, "Yeh satu hari nanti,jikalau Yeh diberi mandat sebagai pemimpin.Yeh kena laksanakan tanggungjawab tu dengan baik,jangan sesekali yeh khianati ore,jikalau yeh khianati ore,Allah akan membalas apa yang yeh buat tu.Kata-kata itu saya ingat sampai ke sekarang.

Apabila saya meningkat umur 5 tahun,ibubapa saya menghantar saya ke tadika KEMAS daskoh,guchil kuala krai.Ketika itu kedua ibubapa saya berkhidmat sebagai seorang guru di Daerah Kuala Krai.Ketika saya tadika kemas di Guchil Daskoh Kuala Krai,saya bersahabat dengan seorang sahabat saya bernama fadhli,ayahnya sebagai pemandu teksi di Kuala Krai.Setiap kali sebelum balik,saya sentiasa singgah di rumah fadhli.Ketika itu saya berada di Rumah Pengasuh depan tadika kemas guchil daskoh kuala krai.

Ketika itulah,saya minta dengan ibu bapa saya untuk nak naik bas sekolah dengan  abang saya faiz dan kakak saya amalina.Ketika itu,kakak sulong saya sekolah di Maahad Ar Rahmah Kuala Krai.Walaupun kakak sulong saya kena duduk asrama,saya sedih sebab saya sayang kepadanya.

Apabila saya berumur 6 tahun,Arwah Nenek saya minta saya berada di Kampung halaman.Saya dihantar oleh Arwah Nenek saya ke Qiraati Gunong untuk mengenal Alif Ba Ta di usia 6 tahun.Ketika itu saya bersahabat dengan cucu pok che sim belakang rumah saya yang bernama Syahir.Kami bersahabat selama 1 tahun sebelum kami masuk sekolah darjah 1 kami berpisah.Ketika umur 6 tahun,saya selalu ke rumah pok cik sim depan masjid gunong,beliau merupakan guru silat.Ketika itu saya tengok isterinya cucuk tanam kacang botol.Saya belajar dengannya.Dan saya diberi hadiah benih kacang botol untuk belajar menanam di rumah.Apabila saya dapat benih kacang botol tersebut,saya terus balik bagitau arwah nenek,nenek-nenek,yeh nak tanam benih kacang botol ni lagumano,jikalau ada lebih untuk makan tu,,yeh boleh bersedekah ko ore kampung hok mari rumoh.

Kemudiannya,nenek saya ajarlah saya untuk cangkul tanam benih kacang botol tersebut.Kemudian Arwah nenek saya sebut,Yeh esok jom naik bas g Chalok Setiu.Kita g jalan-jalan rumah Umi Chalok (Mok Saudara saya) yang tinggal disana.Saya turuti hajat nenek saya sebab saya takut dengan dia,dia seorang yang tegas.

Secara ringkasnya,semasa saya usia kecil,saya dibawa oleh nenek saya ziarah menziarahi sanak saudara keluarga terdekat.Yang saya paling sayang sekali adik beradik nenek Arwah TokChik dan Pok Teh Perol.

2003 saya meningkat umur 7 tahun.Saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Aman.Sekolah Rendah Islam Aman lah saya mengenali erti kehidupan dunia akhirat dengan jelas.Usia 11 tahun saya minta restu dengan ibu bapa saya untuk berpindah SK Jelawat kerana saya tidak dapat meneruskan pembelajaran hadis,sirah,tajwid.

Ketika saya bersekolah Sri Aman,saya diberi amanah untuk ke rumah pelajar yang lambat datang ke sekolah.Kebetulan pelajar lambat datang ke sekolah tersebut berdekatan dengan Sri Aman.Saya menyelesaikan amanah tersebut.Kemudiannya apabila darjah 2,saya diserapkan dalam pelapis pengawas sebelum dilantik penuh darjah 3.Ketika itu,saya dipinta oleh guru untuk bantu beliau menjalankan tugas pengawas yang tidak menjalankan tugasan.

Darjah 1 dan darjah 2 saya tidak diajar untuk memiliki telefon.Dalam kelas hanya saya seorang sahaja tiada telefon pada ketika itu.Setiap kali merdeka,saya suka balik lambat untuk hias bendera di kelas sempena pertandingan kelas cantik merdeka dan bendera paling banyak di kelas.

Ketika saya berada di Sri Aman,saya sebagai junior,diberi didikan untuk berzikir,mengimamkan solat dan mengalukan azan zohor.Saya bercita-cita nak hantar anak-anak saya kelak ke Sri Aman.Sebelum subuh saya sampai di Sekolah.Semasa saya pulang ke rumah,saya melihat kiri dan kanan,dan berfikir kenapa kemudahan di kampung saya tidak macam kampung orang lain.

Ketika darjah 2,ibubapa saya tidak benar saya naik kuda,hanya abang saya sahaja boleh naik kuda.Kawan-kawan saya semuanya menyatakan kepada saya,jangan risau yeh,satu hari nanti mu boleh jadi pemimpin,mu boleh sentuh kuda tu.Mu lalui dengan kesusahan dulu,Nanti Allah bagi mu kejayaan dan kebahagiaan di penghujungnya sebelum mu meninggal dunia.

Semasa saya belajar di Sri Aman,saya dipelawa oleh kawan saya bernama Farhan Rosli untuk berniaga Shaklee.Kebetulan ketika itu arwah nenek saya mempunyai penyakit kencing manis dan pelbagai lagi.Saya belilah produk Shaklee tersebut dengan wang saku sekolah yang saya kumpul dalam tabung untuk belajar berniaga.Ketika itu,hanya Allah sahaja dapat tahu apa yang saya lakukan.Hanya yang mengenali saya sahaja dapat mengetahu perjalanan kehidupan saya.

Apabila saya dalam perjalanan pulang ke rumah,saya berniat,Ya Allah bantulah aku untuk bangunkan kampungku.Tingkatan 1 saya bersekolah di Maahad Darul Anuar dan menuntut ilmu di kuliah subuh.maghrib Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.Ketika itu juga,yang mana tak masuk masjid sebelum azan maghrib,digodam.Ada satu kisah hari Jumaat,sekumpulan pelajar buat hal,semua kena rotan.Betullah pepatah melayu kata,walaupun setitik nila yang jatuh,semua yang kena.

Ketika itu yang tak bersalah pun kena rotan 2 das pukulan rotan.Saya minta dengan ibubapa saya untuk berpindah ke Maahad DarulIman.Kemudian ke Maahad Yakubiah Nipah.Kemudian ke SMI Aman,SMK Sri Gunong,SMK Tengku Ibrahim dan last di SMK Jelawat.

Semasa saya darjah 5,saya kayuh basikal ke rumah orang kampung untuk mohon sumbangan yang dipinta oleh pihak sekolah.Saya tunggu 5jam rezeki dapat RM1 ringgit sahaja.Ketika saya tingkatan 3,saya masuk persatuan sukan berkuda.ketika itulah saya belajar mencari sumbangan demi untuk menjayakan kejohanan sukan berkuda.Ketika itulah orang mengatakan kepada saya budak hingusan.Ketika itu juga saya tidak dipanggil untuk memasuki mesyuarat.Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang saya lakukan untuk Sukan Berkuda Negeri Kelantan.

Apabila selesai SPM,saya minta restu dengan ibu bapa saya untuk berhijrah ke Selayang meneruskan kehidupan dan pembelajaran di Kolej Komuniti Selayang.Saya nekad untuk berhenti menguruskan belakang tabir sebagai penggerak persatuan sukan berkuda.2016 saya dipinta oleh Dato Fared untuk pulang ke Kelantan untuk berkhidmat aktifkan semula Persatuan Sukan Berkuda di Kelantan.Ketika itu hati saya memang tidak ada setitik pun nak balik berkhidmat,tetapi atas minat hobi kepada sukan berkuda,saya menerima tawaran tersebut dengan syarat tiada manusia yang negatif.

Saya dah maklum,saya nak tenang-tenang sahaja untuk uruskan sukan berkuda di Negeri Kelantan.Ketika itu saya lalui jatuh bangun saya dalam sukan berkuda.Betullah orang kata,buat baik ni memang ramai tak suka,buat jahat ni ramai yang orang suka buat.

Orang baik ni selalu dihambakan dipijak.

Semasa saya ambil calon sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia.Saya ditembak dengan pelbagai tembakan.Ketika itu juga saya bertahan demi suara rakyat.Saya tetap meneruskan hajat saya,alhamdulillah Allah memberi kemenangan kepada saya untuk diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia.

2018 selepas Barisan Nasional KALAH pada Pilihanraya Ke-14,saya menawarkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok tetapi kalah dalam pemilihan.2021 saya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda  UMNO Bahagian Bachok atas beberapa faktor kekecohan didalam kepimpinan Pergerakan UMNO Bahagian Bachok yang berlaku.

2023 saya tidak menawarkan diri sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok atau Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok kerana ingin memberi ruang kepada senior-senior untuk memimpin.Sebelum pemilihan diadakan,2 orang senior menjanjikan tempat kepada saya untuk dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.

Saya menyatakan jikalau saya diberi tempat sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok,bolehlah saya bergerak atas portfolio belia dan sukan.Tetapi sehingga ke hari ini tidak dilantik.Ianya tidak ada masalah kepada saya.

Apabila Majlis Belia Jajahan Bachok melantik EXCO Lantikan untuk Badan Gabungan.Beberapa krisis dalaman berlaku antara Pengerusi dan Setiausaha.Saya menyatakan kepada Pengerusi agar selesaikan dengan baik.Saya juga menyatakan kepada Setiausaha agar selesaikan dengan baik walaupun sekadar komunikasi.Ada yang memarahi saya.Jikalau anda betul-betul hebat,pimpinlah pertubuhan belia tersebut dengan baik.

Dalam kepimpinan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) saya merasakan hati amat sedih dan kecewa.Apabila kepimpinan yang dilantik hanya segelintir sahaja yang mendengar arahan Presiden untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab.Dalam dunia Industri Ekuin di Kelantan dan Malaysia saya amat sedih dengan kerenah-kerenah Birokrasi.

Secara ringkasnya,2025 saya sudah nekad untuk berehat seketika dalam pertubuhan.Biarlah orang nak kata saya macam-macam.Saya serahkan perkara tersebut kepada Allah s.w.t.

Saya maafkan semua yang menyakiti hati saya,menyedihkan saya.Saya minta maaf atas kekhilafan saya semasa berbicara.Saya hanya hamba Allah yang mewakafkan diri untuk amal jariah ke akhirat.Insya Allah saya meneruskan tanggungjawab saya sebagai Ketua Keluarga bermula 14 September 2024.

Doakan saya agar dapat membahagiakan pasangan saya Nur Nabihah Asyikin Binti Pauzi dan dapat membina keluarga yang baik sehingga ke dalam syurga kelak.

Jikalau saya ada salah dan silap.Saya minta maaf.Jikalau tidak dapat berjumpa dengan saya di dunia.Berjumpalah dengan saya di Padang Mahsyar kelak.

Sollualaik
Anak kampung
AFY