Ziarah Nuqman Faris Rozie di Seri Kembangan.Beliau merupakan penunggang kuda Kelantan asal Wakaf Bharu yang sedang menabur khidmat bakti di Selangor Turf Club dan Perak Turf Club.
Bertemu rakan seperjuangan Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Kelantan penggal 2017-2018 di Bandar Baru Selayang.Kami merupakan Alumni Parlimen Belia Malaysia.
Parlimen Belia Malaysia merupakan platforn yang disediakan oleh KBSMalaysia demi melahirkan pemimpin anak muda.Akar umbi merupakan tunjang utama setiap pemimpin untuk terus memimpin.
Alhamdulillah dapat meruangkan masa bincang beberapa perkara untuk memperkasakan lagi Kelab Belia Tunggal di Daerah Bachok agar dapat lahir pemimpin sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi penggal depan.
Permulaan awal yang dimulakan di Kampung Balai Bachok sempena Tahun Baru Cina 2024.Insya Allah Kelab Belia Kampung Balai masih dalam peringkat status sebagai Penaja.
Saya harapkan apabila telah diluluskan kelak.Belia Kampung Balai boleh bersama saya memperkasakan lagi MAYC Kawasan Bachok.
Terima kasih dan tahniah Wiksanuk Rachan A/L Eh Boy selaku Pengerusi Penaja Kelab Belia Kampung Balai dan rakan-rakan belia kg balai atas Kejohanan Futsal khas untuk belia kg balai bachok.
Terima kasih Puan Azma Binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Alhamdulillah.Terima kasih Encik Ekram Rohakimi Bin Abdul Halim selaku Pemeriksa Kira-Kira 1 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) merangkap Pemeriksa Kira-Kira 2 MAYC Kawasan Bachok mewakili saya turun penyampaian hadiah di Pantai Merabang Bachok sempena Program Sukan Berkuda Persisiran Pantai Siri 1.
Alhamdulillah 86 ekor kuda yang sertai.Terima kasih semua penaja-penaja piala yang bagi sokongan demi menjayakan program.Terima kasih semua urusetia yang terlibat.
Terima kasih semua komuniti Sukan Berkuda Negeri Kelantan yang bagi sokongan demi menjayakan program.
Terima kasih YBhg. Datuk Low Beng Choo selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertikaian Sukan.Menteri Belia dan Sukan telah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Pertikaian Sukan di bawah seksyen 27 Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] bagi mendengar dan membuat keputusan kepada pertikaian sukan yang dirujuk oleh anggota, jawatankuasa atau badan sukan itu sendiri.
Tahniah atas penganjuran Townhall Jawatankuasa Pertikaian Sukan Siri 1 yang banyak beri penerangan yang jelas tentang SDC.
Alhamdulillah.Terima kasih Dato Seri Dr Awang Adek Hussin,Allahyarham Dato Ilias Husain,YB Datuk Ustaz Marzuk Shaary,YB Senator Ustaz Nik Abduh atas usaha memperjuangkan Hospit al Bachok agar siap dengan jayanya.
Semoga kemudahan fasiliti kesihatan untuk rakyat P25 Parlimen Bachok dapat dimanfaatkan untuk semua.