Sunday, April 7, 2024

IFTAR RAMADHAN NAFA GROUP 2024


[ 06 APRIL 2024 | SABTU ]

Alhamdulillah dapat pulang ke Gua Musang seketika untuk meruangkan masa bersama bakal isteri saya di penghujung Ramadhan.

Kali ini merupakan iftar terakhir kami sebelum kami diijab kabulkan sebagai suami isteri dan meneruskan nakhoda bahtera sebagai Ketua Keluarga dan Timbalan Ketua Keluarga.

Doakan saya dan bakal isteri saya dapat menempuhi liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba.Doakan agar hubungan kami bahagia ke syurga jannah.

Insya Allah bulan 7 majlis pertunangan manakala bulan 10 majlis perkahwinan.Insya Allah.

#NAFAGroup #AFY #IftarRamadhan

 

Thursday, March 7, 2024

ZIARAH NUQMAN FARIS ROZIE DI SERI KEMBANGAN SELANGOR


Ziarah Nuqman Faris Rozie di Seri Kembangan.Beliau merupakan penunggang kuda Kelantan asal Wakaf Bharu yang sedang menabur khidmat bakti di Selangor Turf Club dan Perak Turf Club.

#ZiarahKeluargaEkuinKelantan

 

PERTEMUAN BERSAMA DATO MICHAEL CP FONG SELAKU CEO SELANGOR TURF CLUB


Bertemu Dato Michael CP Fong selaku CEO Selangor Turf Club merangkap Bendahari Persatuan Ekuestrian Malaysia.

Beberapa perkara dibincangkan demi sukan berkuda Negeri Kelantan.

#AFY  #KeluargaEkuin #KudaKelantan

 

Sunday, March 3, 2024

MAJLIS MERISIK FARIS X NABIHAH 2 MAC 2024










2  MAC 2024 

Majlis Merisik 

Alhamdulillah.Terima kasih Ayahanda dan Ibunda atas restu diberikan.Selesai Majlis Merisik saya bersama pasangan saya.

8.30 Malam dapat berita Abah Tok Pasangan saya meninggal dunia.Al-Fatihah.

Doakan saya dan pasangan saya agar dapat bina keluarga yang bahagia hingga ke syurga.

#NAFA  #AFY #MajlisMerisik 

 

NGOPI BERSAMA PRESIDEN ALUMNI PARLIMEN BELIA MALAYSIA 2024


26 FEBRUARI 2024

Bertemu rakan seperjuangan Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Kelantan penggal 2017-2018 di Bandar Baru Selayang.Kami merupakan Alumni Parlimen Belia Malaysia.

Parlimen Belia Malaysia merupakan platforn yang disediakan oleh KBSMalaysia demi melahirkan pemimpin anak muda.Akar umbi merupakan tunjang utama setiap pemimpin untuk terus memimpin.

Alhamdulillah dapat meruangkan masa bincang beberapa perkara untuk memperkasakan lagi Kelab Belia Tunggal di Daerah Bachok agar dapat lahir pemimpin sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi penggal depan.

Tahniah Saudara Mohd Nazrin Faiz masih istiqomah meneruskan perjuangan Alumni Parlimen Belia Malaysia.

#AFY #P25ParlimenBachok #MAYCKawasanBachok 

 

TAHNIAH BELIA KAMPUNG BALAI,BACHOK KELANTAN






TAHNIAH BELIA KAMPUNG BALAI
Permulaan awal yang dimulakan di Kampung Balai Bachok sempena Tahun Baru Cina 2024.Insya Allah Kelab Belia Kampung Balai masih dalam peringkat status sebagai Penaja.
Saya harapkan apabila telah diluluskan kelak.Belia Kampung Balai boleh bersama saya memperkasakan lagi MAYC Kawasan Bachok.
Terima kasih dan tahniah Wiksanuk Rachan A/L Eh Boy selaku Pengerusi Penaja Kelab Belia Kampung Balai dan rakan-rakan belia kg balai atas Kejohanan Futsal khas untuk belia kg balai bachok.
Terima kasih Puan Azma Binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.


 

PENYAMPAIAN HADIAH/PIALA SUKAN BERKUDA PERSISIRAN PANTAI MERABANG SIRI 1/2024







24 FEBRUARI 2024
Alhamdulillah.Terima kasih Encik Ekram Rohakimi Bin Abdul Halim selaku Pemeriksa Kira-Kira 1 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru) merangkap Pemeriksa Kira-Kira 2 MAYC Kawasan Bachok mewakili saya turun penyampaian hadiah di Pantai Merabang Bachok sempena Program Sukan Berkuda Persisiran Pantai Siri 1.
Alhamdulillah 86 ekor kuda yang sertai.Terima kasih semua penaja-penaja piala yang bagi sokongan demi menjayakan program.Terima kasih semua urusetia yang terlibat.
Terima kasih semua komuniti Sukan Berkuda Negeri Kelantan yang bagi sokongan demi menjayakan program.